Wednesday, October 26, 2011

Sambung...

Antara perhentian dalam novel kedua... Hari ini aku cuba menulis lagi. Semoga idea menjirus senang. Doakan ya. Ramai dah tanya ni bila nak siap novel kedua???

roman indah membelai mesra
andaikan suci…
pasti setia

MASING-MASING SIBUK dengan persiapan untuk kenduri kahwin Awang Manan.
Dia pula lebih selesa sibuk dengan kamera yang sudah lama tidak dipegang sejak menjadi orang kuat disisi Klanatok.
“Maya…”
“Adam.” Dia tercari-cari selepas wajah Adam Wee dipandang.
“Maya cari siapa? Zikry?”
Dia terkedu bila Adam Wee dapat membaca fikirannya. Tangan mula buat-buat sibuk untuk mengambil gambar.
“Kejap lagi adalah dia tu. Tak apalah, saya pergi sana dulu.” Adam Wee mengunjuk ke sekelompok orang kampung yang sedang memasak. Salah seorangnya sedang mengacau lauk di dalam kawah besar.
Langkah Adam Wee dipandang layu. Dia tidak mahu Adam Wee pergi dan dia bukan menunggu kedatangan Zikry pun. Cuma memang dia tertanya-tanya, kerana kalau boleh dia tidak mahu Zikry ada dalam keramaian ini.
“Maya.”
Bahunya terjungkit. Terperanjat bila suara Zikry dekat di telinga.
“Zik...”
“Sampai sini pun you masih tak tinggalkan kamera you tu kan.” Zikry cuba beramah mesra.
“I dah biasa.” Pendek jawapannya.
“Kenapa nak hidup susah kat sini Maya. Kan elok kalau balik Berlin aje. Hidup kita mewah kat sana.”
Mewah? Rasanya dia cuma hidup sederhana walaupun dikelilingi kemewahan di kota barat yang besar. Zikry mungkin, tapi bukan dia.
“I tak nak tengok you susah. I sedih.”
“Kalau macam tu you aje balik Berlin.”
“Kenapa you sombong sangat Maya. You lupa siapa yang bawa you pergi Berlin?”
“Kalau ya pun, Maya dah balik sini kan. Maya bukan kat Berlin lagi.”
Zikry ketap gigi. Maya… kau memang makin sombong!
“Zik, cuba Zik pandang betul-betul sekeliling Zik. Apa yang susah kat sini?”
“Ini bukan dunia kita Maya. Dunia kita kat Berlin.”
“Maya besar kat sini Zik. Kalau boleh pun biarlah mati di sini.”
“You kena mati kat Berlin. Dengan I!” Kasar sungguh bahasa Zikry.
“Zik… Maya cuma kata, kalau boleh. Tapi ajal dan maut Allah yang tentukan. Kenapa nak paksa Maya ni? Mana pergi Zik yang dulu?”
“Sabar ada batasnya Maya…”
“Zik pernah dengar tak, sabar itu separuh dari iman? Tetapkan iman di dalam hati Zik tu. Ilmu Allah tak ada batasnya melainkan tentang perkara yang tak baik.”
“You ni sekarang dah macam ustazah kan.”
“Kalau Allah tak bagi apa yang kita nak, mesti ada sebab. Zik kena terima…”
“You bukan Tuhan! Jadi I boleh ambil apa yang I nak dari you!” Zikry memotong kata.
Astaghfirullah… Lupakah Zikry pada konsep perhambaan pada Ilahi? Sampai boleh pula tidak endahkan Allah demi keinginannya pada hamba Allah ini?
“Dahlah…. You fikir baik-baik kalau you nak I bawa you balik Berlin dengan cara baik.”
Dia terdiam. Tak tahu apa yang perlu dikatakan lagi.
Dari jauh kelihatan Dhowi merenung lama. Teman di sebelah sudah membisik lagi. Perlu ke dia menurut? Demi Maya yang dikasihi…

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...