
16 Julai 2009. Pertama kali aku dimasukkan ke wad bedah kerana menghidapi penyakit sista ovari @ ovarian cyst. Januari tahun berikutnya, kali kedua aku ke wad bedah Pusrawi kerana penyakit batu dalam hempedu @ gallstone.
Hidup... harus lalui segala. Alhamdulillah Allah beri ujian kecil sebegini waktu kudrat masih kuat berdiri. Sekadar mengingatkan bahawa nikmat dunia ini seketika.
15 Jun 2011. Kali ketiga aku dimasukkan ke wad bedah, tapi kali ini di Ampang Puteri. Mulanya kata doktor, perut di atas ari2 perlu dibelah lagi kerana sista ovari kali ini lebih serius berbanding lepas ; cyst di kiri kanan makin membesar ke 5 dan 6cm. Tapi alhamdulillah, akhirnya cuma perlu pembedahan laparoscopy. Jadi sekarang sudah jadi 6 parut. 4 tebuk dan 2 belah.
Apa-apapun aku masih 'menikmati' rehat yang panjang selama sebulan seperti orang lepas bersalin habis pantang (eh, tapi ofis sekarang cuti bersalin 3 bulan la!) dan menanti esok yang panjang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa di pejabat. Jadi di waktu2 terluang ni mujurlah ada HP canggih buat peneman saat rindu pada penulisan :)
Kalaulah ada lebih kudrat waktu berehat ni untuk siapkan novel kedua MDM.......
3 comments:
moga cepat sembuh.....& sihat..:)
Phentermine...
nice post thanks for sharing.
http://www.PhentermineHome.com/
terima kasih aimie :)
Post a Comment