Sunday, April 17, 2011

Setahun Bersama















Semalam kami sama-sama berkemas. Menyeronokkan walaupun letih! Setiap posisi kami ubah supaya lebih luas bagi mood baru agar aura semangat kami mengalir hebat! Dan pastinya untuk lebih selesa beribadah berdua :) Untuk aku... aku perlukan ruang yang tenang untuk berkarya sebagai seorang penulis. Biar kecil, yang penting selesa dan menyenangkan macam dalam gambar ni. Nak tau ruang tu kat mana? Ianya cuma lorong kecil antara belakang katil dan dinding yang sebelumnya memang sudah kami hiasi dengan tampalan pohon sakura. Wah! rasa macam library kecil di perpustakaan negara pula ;) Cuma lepas ni nak pergi cari sofa comel supaya postur badan dapat duduk selesa menulis diruang yang minima dan terpencil disamping alunan ombak Natural Relief Stress ~ Inner Sea. Sementara ni cuma duduk di bantal jepun saja. Hah! Barulah idea senang masyuk!

20032011 lepas genap setahun usia perkahwinan kami. Terasa cepat masa berlalu. Masih indah persalinan kala keramaian itu. Kalaulah setiap momen indah mampu sama sampai bila2, mesti best kan ;) Tapi memang takkan aku lupa saat paling manis ialah berita dari Kakyah Jemari Seni yang mengatakan novel pertamaku diterima waktu dalam perjalanan balik dari kenduri di sebelah lelaki. Alhamdulillah, berita baik di hari baik selepas aku bergelar isteri.

Hehe dah la... tak mo feeling lebih-lebih nanti muntah pulak pembaca desirrindu. Tapi memang lama tak update harian kat blog ni macam dulu. Perkembangan terbaru tentang diri, kesihatan aku kurang memuaskan lagi. Pembedahan perut Ovarian Cyst yang lepas masih ada kesan bila doktor sahkan ada lagi di bahagian kanan pula. Insya-Allah dapat ditangani selesa sebab tak perlu bedah untuk kali ke3 selepas Gallstone @ buang hempedu setahun lalu. Pembaca masih boleh bertemu aku di Pesta Buku Antarabangsa pada 24hb dan 30hb ini.

Hmm... ada orang kata, personal blog lebih menarik dibaca dari blog formal. Ye ke? Yelah, seronok la boleh jaga tepi kain orang kan? Hihi gurau aje.... Seronoknya bagi yang menghargai, sebab kita boleh kongsi perasaan dan emosi penulis blog. Boleh ambil iktibar tentang banyak perkara dari harian berbeza yang kita baca. Boleh beri sokongan dan pendapat. Dapat membantu dan bersama walaupun dari jauh. Amal yang baik kan boleh buat hati kita tenang dan nyaman :)

Bezanya sekarang DHIA yang dulu sudah jadi Misdhiaz yang punya pembaca setia dan silent reader yang mungkin darinya salah seorang peminat novel Kristal Kristal. Adakah?

Okeylah, sekadar tinta buat yang rindu. Novel kedua Maya Di Maya @ MDM masih kura-kura yang merangkak mencari kualiti buat pembaca yang menanti novel kedua Misdhiaz. Target aku dapat diselesaikan tahun ini juga. Harap sentiasa sihat walaupun 'sakit'. Positif itu perlu!

Seperti kata aku selalu - aku akan terus menulis meskipun tak ada yang sudi membaca. Biar selama mana mampu aku siapkan pun akan aku tulis juga. Kerana penulisan itu satu anugerah Allah yang sangat bernilai dari-Nya buat ketenangan berpanjangan. Usaha berterusan tentu akan hasilkan lebih kepuasan. Kalau hati tenang barulah dapat tangani anasir-anasir yang tidak baik. Realiti hidup bukan selalunya indah. Tak semua yang kita ingin akan kita dapat. Tak semua yang kita kenal dapat didakap erat. Allah jadikan kita sempurna tapi yang boleh kekalkan kesempurnaan itu hanyalah kita. Allah mahu akhlak kita seiring dengan apa yang kita kata dan lakukan. Tapi kadang-kadang kita masih lupa seimbangkan sebab kita manusia yang sering lupa walaupun ingat siapa Pencipta. Kita lupa pada silaturrahim yang asalnya dari Adam dan Hawa. Kita lupa hati yang bersih datangnya dari penerimaan yang ikhlas meskipun tentang hal yang bertentangan dari kehendak kita, bukan hanya tentang hal-hal yang indah dari orang saja. Lupa yang buruk boleh jadi baik dan baik mampu bertukar jadi buruk bila iman melebihi ihsan. Bersederhana di dunia jika takut iman memakan diri. Hanya perlu ingat, amal setiap manusia Allah yang tentukan. Bukan akhlak yang baik kalau kita sampai perlu menyindir dalam 'iman'. Tak suka baik diam! Ikhlaskan rasa luaskan minda, Allah pasti bersama. Oh! Dah jauh menyimpang pula entri Setahun Bersama ni :D Ala-ala masuk ke alam novel pula.

Jadi sebab hidup tidak selalunya indahlah nikmat hidup itu akan lebih kita nikmati. Aku tenang, pembaca pun tenang. Kepuasan bersama itu penting bagi seorang penulis (sebab tu aku menulis macam kura-kura kut. Hihi). Mahu menjadi yang baik meskipun bukanlah yang terbaik. Lagipun takutlah jadi terbaik. Nanti kena kejar dengan ramai pembaca! Haha! Ikutkan dulu pun memang nak jadi penulis senyap tapi nampaknya sekarang dah ter'expose' jadi redah aje la ;) Rahsia Misdhiaz terbongkar sudah tapi bukan jenayah berat pun. Janji halal. Amanah baru kena galas ikhlas.

Terakhir... mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Ghazalee Ali, sahabat blog yang banyak memberi inspirasi untuk aku menjadi seorang penulis. Hari ini genap 5 tahun pemergiaannya. Terima kasih sahabat, kerana sentiasa mengingatkan untuk aku 'menulis yang baik-baik' buat pembaca di luar sana. Dan aku puas, kerana sebaris namamu akhirnya tertulis di antara helaian novel Kristal Kristal. Terima kasih tak terhingga kepada Jemari Seni! Doakan agar aku terus berkarya sampai bila-bila ya (^_^)

Terima kasih Ya-Allah, atas rezeki yang Kau limpahkan pada hambamu ini...

4 comments:

Cinta said...

Selamat bercinta sampai ke syurga dhia :)

Misdhiaz said...

Doa yang sama buat Cik Cinta :)

Yanni said...

dhiaz/razra- bila hati kecewa dgn reality. aku mula mencari ketenangan disini.. mencari kwn kwn lama.. maff jika lama tridak menjenguk ke sini.. manusia itu mudah lupa..

Misdhiaz said...

salam yanni,
tak mengapa :) yg penting ingatan ttp ada. masa berlalu pasti komitmen pn dah jauh beda. yg pasti teman2 blog dulu yg slalu bersama saat susah xkan dilupa kerana peransang & pendorong hingga dhia dpt jd seorang penulis novel skrg :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...