Tuesday, November 9, 2010

'Aku'











Sejak mula blogging dari 2004 hingga sekarang, aku lebih selesa membahasakan diri 'aku' di sini selain nickname yang bermula dari razra, dhia & kini misdhiaz.

Kenapa bukan 'saya'? Kerana 'aku' lebih sesuai untuk blog peribadi. Aku itukan ‘kata ganti diri pertama’. Jadi lebih sesuai untuk dialog dan monolog dengan diri. Lebih sesuai untuk gaya sastera yang sebenarnya lebih santai untuk pecinta sastera sendiri waktu bicara. Tidak protokol walaupun agak kasar untuk orang yang perlu dihormati (bergantung pada penerimaan).

Kadang2 terfikir dari mana lahirnya seni yang membuak dalam diri? Teringat Kanda Zalisa pernah berkata - sesuatu yang menyakitkan itu mudah mendatangkan ilham. Yup aku setuju sekali. Tapi formulanya bergantung pada kreativiti masing2 ;) Yang pasti bukan datang dari kesakitan yang kita cari, tapi yang terjadi sendiri. Jadi jangan ada yang salah sangka pula sampai nanti sakitkan diri hanya untuk dapat ilham!

Cuma sekarang, aku sudah berjinak2 dengan 'saya' terutama bila ber'muka buku' dengan pembaca. Lebih sopan mungkin dari 'aku' bak kata orang tua2. Siapa tahu suatu hari nanti penulisan blog juga akan bertukar pada 'saya' atau rotate 'aku' dan 'saya'.

Lately aku jadi emosional tentang banyak perkara. Tentang keadilan sekeliling yang banyak ingin menolak aku jatuh dari menarik aku bangun. Oh! Lebih kepada kecil hati sebenarnya. Kenapa perlu begitu? Tapi elok juga kadang2 begitu. Seperti kata seorang teman, memang patut penulis ada 'lebih' emosi sebab seorang penulis perlukan emosi itu untuk penulisannya. Ya tak ya jugak kan? Yang sakit itukan mudah datangkan ilham :)

Kalau khabarnya penulis2 barat ramai yang jadi gila, begitu jugalah aku. Makin jadi 'gila' menulis! Sampaikan novel ke2 tak siap lagi, nak tulis novel ke3 untuk kanak2 (Puteri Kartun) pula. Hihi.

Insyaallah selagi Allah di hati, kita tidak akan gila seperti mereka. Jadi jangan takut jika 'ter'jadi seperti aku ya ^_^

Akhir kata untuk kali ini - Pada angin... aku sampaikan 'rasa' terusi desir rindu yang nyaman dan tenang. Syukur pada-Nya kerana terus mengabul rindu pada penulisan.......

2 comments:

IntrigCinta said...

Teruskan usaha Dhia, jgn sesekali mengundur diri :)

Misdhiaz said...

@IntrigCinta ~ macih cik cinta ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...